Saturday, October 26, 2013

Ketahui Punca dan Cara Mengatasi Kaki Kejang Ketika Hamil

"Kejang", "Cramp", "Settok Karung", "Tarik Mengkarung", "Simpul Mengkarung", "Tarik Mengkarung" dan macam-macam lagi istilah atau bahasa pasar yang digunakan untuk merujuk kepada kekejangan otot atau "muscle cramp". Kebiasaannya, ibu-ibu hamil akan mengalami masalah kekejangan otot semasa kandungan trimester kedua dan ketiga pada waktu malam atau pun pagi. Ia dikatakan disebabkan oleh pengumpulan asid laktik di dalam otat.


Mengapa kejang kaki sering berlaku kepada ibu hamil?
Ia disebabkan:
  • Kekurangan kalsium dan magnesium di dalam darah.
  • Tekanan rahim yang semakin membesar memberi kesan kepada salur darah pada saraf kaki.
  • Hormon kehamilan (progestron) juga memberi kesan kepada otot otot kaki.
  • Kehamilan yang sarat membuatkan otot menjadi letih seperti selepas bersukan dan bermain membuat asid laktik berkumpul di dalam otot.
  • Kelebihan fosforus yang lazimnya diperolehi daripada sumber daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas.
     
Bagaimana mengatasi masalah kejang kaki ketika hamil sekiranya berlaku?
  • Lakukan senaman regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang perlahan-lahan sehingga kejang berkurang dan hilang.
  • Berjalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
  • Mandi air suam dan letakkan botol air panas di kawasan otot yang kejang

Tips untuk mengelakkan kejang kaki ketika hamil
  • Pakai stokin sokongan dan memilih kasut yang sesuai dan selesa
  • Melakukan senaman regangan otot sebelum tidur dan menjalankan senaman yoga
  • Minum air yang cukup
  • Alas kaki dengan bantal semasa tidur
  • Urut otot kaki sebelum tidur
  • Ambil kalsium dan magnesium tambahan sebelum tidur

Di shaklee, produk yang sesuai diambil oleh ibu hamil ialah Ostematrix. Ia adalah produk yang tinggi kalsium dan magnesium yang sesuai untuk ibu hamil dan boleh membantu mengurangkan kekejangan otot ibu-ibu. Jom kita tengok kandungan ostematrix dan fungsinya:



Cara pengambilan:
- 4 biji sehari sebelum tidur

Testimoni sendiri:
Jom saya bercerita sedikit tentang pengalaman saya dalam pengambilan ostematrix shaklee ini.
Pada mulanya, saya hanya ambil set hamil shaklee tanpa ostemetrik yang kononnya saya boleh atasi masalah kejang kaki dengan pengambilan susu dan senaman. Tapi, sakit pinggang dan kaki saya semakin saya tak tahan berikutan perut yang makin membesar. Serius !! sampai 2 kali pergi berurut. yang paling kesian, tiap-tiap malam husband la jadi mangsa  sebab kene jadi tukang urut saya. ehehe. Lepas tu, saya decide nak cuba ostematrix ni. Saya try makan 2 biji lepas lunch dan 2 biji sebelum tidur. Memang ada perubahan ketara pada badan saya.
  • Sakit pinggang dan kaki beransur kurang. Husband la paling sronok sebab dah tak payah nak ngurut lagi kan. ehehe
  • Sembelit dah dah takde kerana kalsium shaklee ini mampu melembutkan najis. Senang sangat nak membuang. huhu :)
  • dan yang paling best.... semasa trimester kedua dan ketiga, Cik Cramp Binti Kejang takde bertandang seperti kehamilan pertama dulu. Hampir setiap malam datang menjengah. Sakitnya, tuhan je yang tahu. Opss, sape Cik Cramp Binti Kejang ? ehehe.. dia ni adalah saya panggil die kejang kaki atau kejang otot kaki.

Al-kesahnya 2 hari lepas saya alami kejang kaki yang sangat teruk? Mungkin takdir Allah nak kene jugak malam tu. Sampai nangis-nangis dan lama pulak tu. Sebenarnya, saya dah hampir 2 minggu tak consume ostematrix shaklee kerana stock kt umah habih. Memang silap sendiri la, tak order awal-awal kan. Tapi, sebelum ni kalau saya skip amik supplement tambahan ni, memang ada sekali dua kejang kaki saya alami tapi cepat hilang. Esoknya, dan dan suh husband pergi ambik kat stor gdex sebab masa gdex datang hantar kat umah, saya pergi klinik untuk checkup pulak. Lepas ni, memang saya taknak skip-skip lagi dah consume ostematrix ni. Sebab ia sangat membantu saya halang daripada terkena kejang kaki semasa tidur malam yang amat menyakitkan seperti kehamilan pertama dulu. Untuk ibu-ibu yang yang sedang mencari kalsium dan magenesium tambahan, saya sangat syorkan anda mengambil ostematrix shaklee ni.

Ostematrix ini terkandung di dalam set kehamilan shaklee. Set hamil shaklee ini terdiri daripada ostematrix, omega guard, ESP, vita-lea, vita-C dan B-complex. Jadi, untuk kesan yang optimum, saya sarankan anda mengambil set hamil ini seperti di bawah:


Jika berminat, sila hubungi saya untuk mendapatkan suplemen terbaik daripada shaklee. Semoga masalah anda dapat diselesaikan.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

No comments:

Post a Comment