Tuesday, March 18, 2014

Tips Masuk Rumah Baru: Lampu Dan Kipas Murah

Lampu dan kipas murah... Memang pening kan kalau nak masuk umah baru... itu ini semua nak kena siapkan. Disebabkan kitorang tak sempat nak google tips masuk rumah baru, so kitorang tanya kawan-kawan je  untuk dapatkan lampu dan kipas murah. Kitorang memang tak sempat nak servey satu-satu. Sebab agak rushing nak siapkan rumah, kitorang sempat pegi tiga tempat murah iaitu Houses Lighting kat Puchong, CIMA Lighting, Balakong dan Nilai 3 je.

Hasil servey (servey ke? terus beli je sbenarnya.... ahaha) kami kat kedai Houses Lighting kat puchong memang murah terutama kipas. Weekdays pon orang duk kuar masuk tak putus. Kalau weekend taktau nak cite lah camne ramai. Tapi, lampu cantik kitorang tak sempat servey sangat. Tapi harga pon murah gak saya rasa untuk pendant lights. Untuk lampu siling yang cantik-cantik ala-ala chandelier dan kristal-kristal tu tak banyak sangat display. Tapi tak sure la kalau kedai tu tak display habis sebab tak cukup tempat. Cuma nak puji sistem belian kat sini memang bagus. Tukang ambik order orang lain. Buat bayaran kat lain. Customer service untuk buat testing pon lain. So sangat reccommend untuk sape-sape nak cari kipas siling murah kat sini. Jimat dalam RM30 jugak tau dari kedai lain. Nak tau lebih lanjut pasal kedai ni, Ben Ashaari (Blogger terkenal) pon ada tulis entry dia di sini.

Kalau nak beli downlight murah, kitorang beli kat CIMA Lighting, Balakong. Lampu pendant pon banyak choice gak. Tapi harga mahal sikit. Lagi pon, kitorang dah beli lampu cantik-cantik kat Nilai 3 dah. Sebab asben target lampu siling kristal-kristal. Cari kat Puchong takde, tu yang gi Nilai 3. Nama kedai, sorryyyy..... lupa plak.. ehehe. Bab harga, boleh tahan la.... Affordable dan in the budget. Yang tak bestnye, lampu kristal-kristal tu lagi murah kt CIMA Lighting. Takpelah, takde rezeki. Cuma satu tip kalau nak beli kat nilai ni, better pegi time weekdays. Dapat murah sikit. Kat sana macam ade permainan harga jugak. Sama macam langsir. Hari weekend lain. Malam nak tutup kedai pon harga lain. Cuti skolah pon kakak saya cakap harga dia lagi mencekik. huhu. So, better pegi hari weekdays. Mungkin lebih banyak dapat berjimat kan.

Haaa ni nak cite, hari yang kitorang nak cari lampu dan kipas kat nilai.. kitorang terlampau kalut sampai terlupa belom lunch lagi. Series memang tak sedor rasa lapar. Pagi tu asben makan roti canai je sekeping. Saya pulak makan mee hoon soto je. Oh terlupa nak cite.... sebenarnya kitorang dah minum air horlicks campo ESP sebelom gi breakfast tu.

Sebenarnya, memang ESP(Energizing Soy Protein) ni bagi tenaga berjam-jam lamanya. Ianya boleh bantu kita tahan lapar. Tapi masa hari gi cari lampu kat nilai tu, tak sangka plak boleh bertahan sampai ke petang. Malam pas Maghrib kitorang baru dapat makan. Memang ala-ala puasa dah kitorang. Padanla ramai yang amik ESP ni time sahur masa bulan puasa. Nak tau pesal boleh tahan lapar dan bagi tenaga yang lama. Sebab minuman soya ni di dalam kategori makanan yang rendah glisemik indeks. Nak tau ape itu rendah glisemik indeks, boleh baca di entry ini dan entry ini.
Nak tau resepi yang boleh buat dengan ESP, boleh rujuk kat entry ni. Kalau nak lebih lagi, nanti saya kasik lagi selepas pembelian eksklusif untuk penggan saya :) .

Macam mana nak dapatkan ESP ni ek? Oh senang je, contact saya laju-laju. Buat bayaran. Nanti saya akan siapkan order korang hantar depan pintu rumah ye. Bawah ni ada contact number saya. Jangan lupa, contact saya laju-laju tau. Bulan ni ade promotion. Rugi tak grab sekarang.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

No comments:

Post a Comment